Friday, October 24, 2008




(depan) pilihan text anda sendiri
(belakang) blog anda
rm18.00 tidak termasuk pos

Thursday, October 23, 2008

Hinged Clamp



Hinged Clamp memudahkan kerja mencetak...
sekiranya ada ink yang tak melekat di baju, senang untuk di ulang cetak...
harganya rm36.

Salam...
Terima kasih kesudian menjengok blog ini...
Saya gemar mengunakan 1 atau 2 warna sahaja dalam cetakan kerana ianya mudah dan cepat.
Sekiranya kita mengunakan 4 atau 5 warna dalam design..ianya amat rumit melainkan kita mempunyai mesin mencetak 4 atau 6 unit press table...kalau anda berminat utuk menjadikan bidang ini sepenuh masa... ia adalah yang terbaik...

Peralatan basic utk mencetak t shirt


Ketipkan Jaring di keliling frame...
Ukuran kayu 1" X 1" ataupun 1" X 2"
Tak payah beli anda boleh cari di sekitar kawasan rumah anda..basuh dan kalau rajin sapukan varnish... terpulang pada anda tentang ukuran tapi bagi saya ukuran panjang 16" dan lebar 12" adalah lebih sesuai.

Stapler Gun boleh di beli di kedai Hardware kalau ta silap harganya lebih kurang rm10.00

Jaring atau mesh 1 meter dalam rm15.oo bergantung pada halus atau kasar jaring tersebut..

Photo emulsion dan sensitized..dicampurkan dan di gaul hingga sebati..dan Scoop Soater ialah alat untuk sapukan pada frame...

Emulsion disertakan sekali sensitized berharga rm 30.00 sebotol. kalau taknak gunakan Scoop Coater, anda boleh gunakan Set Square atau Squeegee untuk sapuan Emulsion ke Frame...

Lakukan di dalam bilik yang di terangi cahaya merah...
dan disimpan kering selama 8 jam atau semalaman di dalam bilik gelap...kalau nak cepat gunakan kipas angin selama 2 atau 3 jam...boleh juga gunakan hairdryer..

Ink, spray mount dan squeegee...

Wednesday, October 22, 2008

Exposure Unit


Exposure unit yang saya buat sendiri dengan bantuan juruletrik...

Ketinggian kotak antara lampu dan cermin 16" atau 20"...ketebalan cermin 6 mm atau lebih...

Tempoh Expose lebih kurang 1 jam15 minit

Saya belajar mencetak t shirt dengan panduan dari laman2 web..saya percaya anda juga boleh...disamping print t shirt kita sendiri boleh juga menambahkan pendapatan...

Layari laman web http://www.screen-printing-t-shirts.com/how-to-start-a-silk-screen-business.html...
selamat mencuba...